Jumaat, 25 Jun 2010

FaSa SaTu

Mulanya permulaan hidupku dengan si dia.. Dia merupakan kwn ku sebelum ni..
tp ketika 2 kami hanya kwn.. kami tak sangka dr persahabatan biasa menjadi satu hubungan yg serius yg tidak dijangka.. ermmm.. agak pelik sbb kami berbeza umur, dia katakn umur bukan penghalang dlm hubungan kami.. ku tersenyum dgn kata2nya... alhamdulillah bermula pertemuan yg pertama di I-City, kami dipertemukan dgn kehadirah kwn2 kami.. tp ketika 2 kami masih brkwn dan belum da luahan antara kami.. Pada pertemuan pertama itu kami mengenali antara satu sama lain.. agak janggal ketika itu kerana pertemuan yg tidak dirancang... bermula dari pertemuan yang tidak dirancang itu brmula detik diantara kami.. dr situ kami lebih rapat n pada 11/04/2010 adalah hari yg bahagia dalam hidupku kerana dia meluahkan hati dia yg trpendam selama ini.. dia menyatakan yg dia mencintaiku.. pada permulaan agak trkejut kerana ia adalah pertemuan yg pertama dan juga kami masing dalam mengenali.. ermmm.. bila imbau kembali detik itu, agak kelakar juga tp membahagiankn antara kami.. pada itu juga smuanya menjadi indah.. pa yg dirasai dan dikenali semuanya indah... tp langit tidak selalu indah... bnyk dugaan yg dtg diantara hubungan kami ni... pelbagai dugaan yg tidak dijangka.. semua itu akan diceritakan lg pada FaSa KeDua... tunggu ye.. dan anda akan tahu sapa dia...

Rabu, 7 April 2010

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih l agi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya ker ana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bah agi a dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Tanduk Setan


WALLAHU A'LAM!!!
MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN, BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS. INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA.. MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT .. PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DITUTUP... KATA PARA ASTRONOMI PLANET, BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA. MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DIHENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM. AMBILLAH PERANAN...


[istighfar jom..] wallahu a'lam Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud..... " siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis "

Jumaat, 5 Mac 2010

Cara mengatasi was-was

SOALAN:

1) Saya mengalami masalah was-was yang teruk. Ia selalu berlaku jika saya hendak berwuduk dan solat.

Ketika berwuduk, saya selalu was-was ketika hendak membasuh muka. Ketika saya menadah air, saya merasakan bahawa air dari muka saya menitik masuk ke dalam tangan.

Saya terpaksa buang air tersebut dan menadah air baru sehingga beberapa kali sampai saya yakin. Hal ini membuatkan saya selalu mengambil masa yang lama untuk berwuduk iaitu kira-kira 10 minit.

Demikian juga semasa hendak solat. Ia berlaku semasa hendak berniat menyebabkan saya terpaksa menyebut niat dengan mulut dan bukannya dalam hati. Sudah bermacam-macam cara saya lakukan termasuk membaca isti'azah, surah an-nas namun tetap was-was. Bagaimana mengatasi masalah ini?

JAWAPAN:

Ustaz turut bersimpati dengan masalah was-was adik. Kedengaran ia sangat memeritkan hidup adik selama ini. Masalah ini bukan dihadapi oleh adik seorang.

Terdapat ramai lagi yang menghadapi masalah ini. Bahkan daripada kalangan bukan Islam dan pada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan agama.

Ia kadang-kala dikaitkan dengan masalah psikologi yang dinamakan obsessive-compulsive disorder (OCD).

Menurut perspektif Islam, memanglah situasi yang adik gambarkan dinamakan was-was (dalam bahasa Arab - waswasah pl. wasaawis) iaitu bisikan yang tidak diundang dalam jiwa dan pemikiran oleh syaitan.

Al-Quran telah menerangkan kepada kita yang ia telah bermula dari hari-hari pertama Adam hidup di syurga lagi - firman Allah, surah al-A'raaf, ayat 20: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua (agar) mendedahkan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).

Begitu juga dalam surah Taha, ayat 120: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang membolehkan kau hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?

Allah mengajar kita manusia agar memohon perlindungan-Nya agar terpelihara daripada mudarat teknik hasutan bisikan syaitan ini dalam surah al-A'raaf, ayat 200: Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Di penghujung al-Quran dalam surah al-Naas, kita diajar dengan lebih terperinci bagaimana melindungi diri daripada was-was dengan membacanya dengan penuh penghayatan terhadap maksud setiap ayat dalam surah yang pendek tetapi besar fungsinya kepada kita dalam memerangi was-was secara kognitif:

(1) Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Tuan Empunya sekalian manusia."

(2) "Raja segala raja yang Menguasai sekalian manusia".

(3) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia

(4) "Dari kejahatan pembisik hasutan yang tenggelam timbul".

(5) "Yang menyuntik bisikan hasutannya ke dalam hati manusia".

(6) (Iaitu pembisik hasutan) dari kalangan jin dan manusia". (an-Naas: 1-6)

Alhamdulillah, adik telah berjaya mengesan masalah adik dan telah cuba berusaha dengan inisiatif sendiri mengatasinya. Kemudian diteruskan melalui bantuan kawan-kawan.

Malahan adik masih berinisiatif untuk mencari jalan keluar masalah adik dengan bertanya kepada ustaz. Itu tandanya Allah masih sayangkan adik sebab itu Dia tetap Memberi Hidayah-Nya kepada adik.

Surah al-Naas

Sekarang ustaz nak adik cuba kawal tumpuan aliran pemikiran adik. Cuba sedikit demi sedikit secara berperingkat. Kemudian, adik cuba semula cara kawan adik dengan membaca surah al-Naas dan isti'azah tetapi dengan menghayati, menyebatikan dan menjadikan maksudnya berpasak sekukuh-kukuhnya di minda adik.

Bacalah bersama surah al-Falaq dan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali selepas setiap solat. Adik mesti yakin Allah SWT sedang memerhati adik dan Maha Mendengar keluhan penderitaan adik yang memohon-Nya melindungi adik daripada gangguan was-was tersebut.

Daripada luahan hati adik mengenai masalah ini, ustaz juga dapati adik sentiasa sedar apabila ia berlaku dan hati adik tidak suka masalah ini berterusan seakan di bawah kawalan sesuatu, betul tak?

Oleh itu, ustaz mahu adik sentiasa memantau aktiviti dalaman minda dan jiwa adik terutamanya apabila bisikan-bisikan yang membawa kepada was-was muncul. Apabila ia datang, cuba labelkan bahawa ia bukan daripada diri adik tetapi bisikan syaitan dan syaitan itu musuh manusia yang nyata.

Oleh kerana ia musuh adik, pastinya ia bertujuan memusnahkan adik. Oleh itu, adik mesti mengawal diri dan minda adik agar tidak dapat ditakluk oleh kuasa syaitan dengan memohon perlindungan Allah SWT daripada mudarat yang mungkin diakibatkan oleh syaitan - itu pun dengan izin Allah.

Kemudian, cuba ubah aliran tumpuan fikiran adik daripada menyedari kemunculan bisikan-bisikan ini kepada memberi sepenuh tumpuan kepada wuduk atau solat adik. Cuba jangan pedulikan bisikan was-was yang muncul.

Cuba bayangkan ia seumpama sesuatu imej, pangkahkan untuk menutup skrin imej itu seperti adik menutup skrin halaman sesawang. Hilang. Beritahu diri adik ia sesuatu yang tidak penting langsung untuk diberi perhatian atau disedari kemunculannya.

Wuduk dan solat yang ingin adik persembahkan yang terbaik kepada Allah adalah lebih penting.

Adik juga boleh melakukan terapi kepada diri sendiri. Contohnya bagi diri adik masa selama seminggu. Cuba berwuduk atau bersolat pada waktu lapang.

Apabila bisikan was-was itu muncul cuba kawal diri adik daripada mengulang-ulang mana-mana bahagian wuduk atau solat. Hari pertama mungkin daripada kebiasaannya adik berwuduk sampai 10 minit, adik pastikan dapat kurangkan sehingga sekurang-kurangnya seminit, jadi sembilan minit. Begitulah sampai hari ketujuh, mungkin sudah mencapai tahap normal tiga hingga lima minit. Begitu juga ketika berniat solat.

Terapi ini biasanya sangat berkesan dan akan menghentikan masalah yang adik hadapi sekarang secara beransur-ansur. Insya-Allah.

Ustaz dapati rasa was-was ini dicetuskan daripada rasa bersalah (guilt) adik. Seakan-akan minda adik dihantui ketakutan kemungkinan adik akan melakukan kesalahan dalam setiap perbuatan adik ketika berwuduk dan dalam solat.

Perasaan bersalah dan takut ini bagus tetapi perlulah diimbangi dengan rasa yakin diri dan mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengasihani, Islam datang bukan untuk menyusahkan sehingga adik rasa tertekan setiap kali hendak solat sedangkan ia tiang agama yang menjadi kewajipan utama seperti yang terdapat dalam al-Quran.

Al-Quran juga tidak diturunkan untuk membuat kita tertekan, firman Allah dalam surah Taha ayat 2: Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) untuk menyusahkanmu.

Sedangkan Allah berfirman kepada orang-orang yang melampaui batas (melakukan maksiat) agar jangan berputus asa daripada rahmat Allah:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (az-Zumar: 53)

Mesti Allah lagi Maha Mengasihani terhadap adik yang ingin mempersembahkan solat yang terbaik kepada-Nya. Jadi, adik tak perlu terlalu risau, tertekan terlalu obses tidak mahu buat silap ketika berwuduk atau solat.

Yakin dengan diri adik yang adik buat itu sudah betul sekadar yang adik termampu sebagai seorang manusia. Hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna.

Tentang was-was yang menyerang akar-umbi akidah adik sehingga meragukan adik terhadap kewujudan Allah pula, perkara ini ada disebut dalam hadis: Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: Syaitan akan mendatangi seseorang daripada kamu lalu berkata: Siapa yang mencipta ini dan itu? Sehingga sampai satu peringkat ia menyoal: Siapa pula yang mencipta Allah? Apabila hal seumpama ini terjadi, maka mohonlah perlindungan dengan Allah (isti'aazah) dan hentikanlah (mindamu daripada menerawang berterusan mencari jawapan kepada soalan bisikan syaitan itu). (riwayat al-Bukhari)

Pedoman Hadis

Manakala hadis yang sama dalam riwayat Muslim terdapat tambahan: Katakanlah: Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. (Aamantu billahi wa rasulihi).

Cubalah ikut pedoman hadis ini apabila adik menghadapi masalah itu lagi. Insya-Allah, berkat yakin beramal dengan hadis Nabi SAW, semua masalah was-was adik akan beransur-ansur hilang kelak.

Beritahulah kepada ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan adik tentang masalah adik ini sambil meminta mereka memberi sokongan moral kepada adik sepanjang berjuang membebaskan diri adik daripada dijajahi was-was. Mereka mungkin boleh membantu adik contohnya memantau semasa adik berwuduk dan bersolat.

Pada masa yang sama banyakkan membaca al-Quran terutamanya surah al-Baqarah serta ayat al-Kursi jika adik mampu, banyakkan lagi bersabar dan teruskan berdoa memohon kepada Allah SWT agar masalah adik ini segera selesai. Amin.

Jika keadaan bertambah teruk, adik perlulah mendapatkan bantuan profesional seperti kaunselor atau ahli psikologi yang terlatih untuk mengatasi masalah ini kerana kadang-kadang ia ada kaitan dengan faktor genetik atau aktiviti-aktiviti tertentu otak atau masalah peribadi yang adik hadapi dalam kehidupan sehari-hari seperti perasaan terlalu merendah diri dan mengutuk diri - "saya bodoh, jahil dan sebagainya".

Biasanya ia berpunca daripada peristiwa tertentu pada masa lalu yang memberi kesan yang sangat mendalam dalam diri adik. Begitu juga sumber informasi yang salah seperti rasa takut (khawf) kepada Allah yang tidak disertakan dengan informasi ia perlu diimbangi dengan rasa harap (rajaa') kepada Allah.

Kesimpulannya, cubalah menambah ilmu pengetahuan dengan belajar atau melalui pembacaan terutamanya buku-buku agama.

Kewajiban berjilbab

kewajiban berjilbab

Kewajiban memakai Jilbab
Masih saja ada yang menanyakan(menyangsikan) kewajiban berjilbab.
Padahal dasar hukumnya sudah jelas yaitu:
o Surat Al-Ahzab ayat 59 (33:59)
Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin:
“Hendaklah mereka mengulurkan hijab keseluruh tubuh mereka.”
Yang demikian itu supaya mereka lebihi mudah untuk dikenal,
karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
o Surat An-Nuur: ayat 31 (24:31)

“(Ini adalah) satu surat yang kami turunkan dan kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum
yang ada di dalam)nya, dan kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu
mengingatinya”. (An-Nuur:1)

Ayat pertama Surat An-Nuur yang mendahului ayat-ayat yang lain.
Yang berarti hukum-hukum yang berada di surat itu wajib hukumnya.

o Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam Tafsirnya:
“Janganlah kaum wanita menampakkan sedikitpun dari perhiasan mereka kepada pria-pria
ajnabi (yang bukan mahram/halal nikah), kecuali yang tidak mungkin disembunyikan.”
o Ibnu Masud berkata : Misalnya selendang dan kain lainnya.
“Maksudnya adalah kain kudung yang biasa dikenakan oleh wanita Arab di
atas pakaiannya serat bagian bawah pakiannya yang tampak,
maka itu bukan dosa baginya, karena tidak mungkin disembunyikan.”
o Al-Qurthubi berkata: Pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan.
Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah
bahwa Asma binti Abu Bakr menemui Rasulullah shalallohu 'alahi wa sallam sedangkan
ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya :
“Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid,
tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.”
Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya.
Semoga Allah memberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya.”

Tidak menutup aurat adalah bentuk dari Tabarruj, Tabarruj adalah perilaku wanita yang
menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang wajib ditutup karena
dapat membangkitkan syahwat laki-laki. (Fathul Bayan VII/19).
Allah Subhanahu wa Ta’ala menyinggung kata ini dalam firman-Nya:
“Janganlah kalian (wahai istri-istri Nabi) bertabarruj sebagaimana
tabarruj orang-orang jahiliah yang awal.” (Al-Ahzab: 33)


Masihkah menyangsikan kewajiban memakai Jilbab?

SIFAT SAUDARA YANG BAIK

IMAM HASAN BIN ALI AS ketika menjelaskan sifat seorg saudara yg baik: Org yang paling agung di mataku, dan pangkal kekagumanku padanya ialah menganggap dunia kecil dlm pandangannya. Dia terlepas dr kungkungan (kekuasaan) kebodohan dan tidak mengulurkan tangannya kecuali kpd apa yg ia yakini manfaatnya. Dia tidak suka mengeluh, tdk cepat marah dan tidak bermuram durja. Dia lebih banyak diam, ketika berbicara dia membungkam pembicara yg lain. Dia seakan lemah dan tidak berdaya, namun dalam kesungguhan dia laksana singa yg akan menerkam. Bila duduk dengan para ulama dia lebih suka mendengar daripada ikut bicara. Ketika dia kalah dalam pembicaraan, dia menang dalam diamnya. Dia tidak berkata tentang apa yg tidak/akan dikerjakannya dan tidak berbuat apa yg tidak diucapkannya. Apabila disodorkan kpdnya dua masalah yg belum ketahuan yg mana yg lebih dekat kpd Ridha Tuhannya, maka segera dia melihat mana yg lebih dekat dengan nafsu keinginannya lalu ditinggalkannya. Dia tidak pernah mencela seseorang yg menyadari kesalahan tingkah lakunya. (Tuhaful 'Uqul h.234)

SUMBER :
Catatan Ust. Agus Abu Bakar Arsal Al Habsyi
25 Februari 2010 Pukul 14:25

Khamis, 11 Februari 2010

FinE MeTaL..


Sebelum ini ekin dah ceritakan serba sedikit mengenai jurusan ekin. Kali ini ekin teruskan lagi pengertian jurusan ini dan juga peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan yang ada begitu banyak dan terbuka luas cuma kita sebagai pelajar perlulah memilih dan mencari pekerjaan itu sendiri tanpa menunggu sahaja. Antara peluang pekerjaan yang ada di pasaran sekarang ini adalah peluang pekerjaan sebagai pereka barangan kemas atau hiasan, pembuat produk, tenaga pengajar atau guru sekolah, peniaga, juru cakap dan sebagainya yang boleh kita perolehi pekerjaan itu bergantung pada kemampuan kita.
Saya memulakan jurusan ini sejak diploma lagi di INSTITUT KRAF NEGARA yang terletak di Rawang Selangor. Di sini pelajar-pelajar diperkenalkan pelabagai kraftangan yang ada di Malaysia. Jurusan yang wujud adalah logam halus, batik, rotan, seramik, kayu dan juga tenunan. Pada permulaan pembelajaran, saya memohon untuk mengambil jurusan batik tetapi telah dimasukkan ke dalam jurusan logam halus. Pada ketika itu saya tidak berminat dan tidak mengetahui jurusan ini dan kurang berminat, tetapi saya beranikan diri untuk mempelajari dan memahami logam halus ini. Mula-mula itu agar sukar tetapi lama kelamaan saya berminat dan juga menjadi cuba mendalami ilmu ini. Kita sebagai pelajar tidak perlulah memilih jurusan yang mungkin kita tidak ketahui tetapi kita perlulah mencuba untuk kita fahami apa yang ada dalam diri kita iaitu bakat yang mungkin kita tidak ketahui. Sepanjang pembelajaran saya di sana selama 3 tahun, saya teruskan pembelajaran ini di UiTM shah alam dan sekarang ini saya merupakan tahun akhir di sini. Pelbagai cabaran dan juga perlu sentiasa kreatif dalam penghasilan produk mengikut pekembangan pemasaran di dunia. Sebagai pelajar tidak sah kalau tidak sibuk dengan kerja-kerja. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi, saya perlu teruskan pembelajaran ini untuk diri saya, keluarga. Jadi saya harap kepada mereka yang ingin mempelajari dan mengetahui jurusan ini, bolehlah mengetahui melalui internet, guru, IPT2 yang ada dan juga rakan2. Semoga apa yang telah saya terangkan ini tidaklah lengkap, tetapi ia boleh menjadi panduan kepada mereka.

Jumaat, 5 Februari 2010

HiDup SeBagaI PeLaJar Art N DesiGn (FiNe MeTal)



projek sem. 04




projek 1 malaysia (multifunction)
-brooch, scraf




projek gelang tangan


Tahun ni adalah tahun akhir bagi sy dan juga rakan2. Tahun 2010 merupakan sem. 05 dan sem. 06 sy. Dalam pembelajaran sy di Uitm shah alam ni banyak rintangan dan juga cabaran yang sy hadapi. Cabaran yang utama adalah persediaan mental. Cabaran ini dah lama wujud, contohnya bila ditanya oleh orang ramai apakah jurusan yang diambil dan boleh ke kerja nanti?? Soalan ini sentiasa ditanya dan kadang2 itu sukar difaham. Jadi sebagai pelajar dari jurusan ini saya akan terangkan apa itu ART AND DESIGN IN FINE METAL atau dikenali seni lukis dan senireka dalam seni logam halus.

Jurusan ni banyak yang boleh di pelajari dan peluang pekerjaan itu begitu meluas. Semua peluang itu terletak di atas diri kita. Seni logam halus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu dalam rekaan barang kemas dan juga rekaan barangan besar seperti hiasan lampu, hiasan rumah dan sebagainya. Saya ambil dalam rekaan barang kemas. Setiap projek yang kami buat perlulah mengikut syarat2 dan juga berpandukan brief project yang diberi. Antara maklumat yang perlu kita kaji terhadap rekaan adalah dari segi barangan yang ingin dibuat, subject matter, konsep, tema, target pelanggan dan juga perlu sentiasa meninjau barangan yang berada di pasaran. Setelah kajian dibuat perlu dibentangkan kepada lect dan juga rakan sebagai permulaan projek tersebut. Dari situ dapat dilihat cara peyampaian kita kepada khalayak ramai supaya kita boleh berkomunikasi dengan orang ramai dengan begitu yakin. Selepas pembentangan dibuat dan dikaji, baru kita memulakan rekaan itu dengan melukis rekaan yang kita pilih dan ubah sesuatu rekaan itu berpandukan pada rekaan yang ingin dibuat. Antara rekaan yang berada di pasaran adalah cincin, gelang tangan @ kaki, pin, rantai, anting2 dan sebagainya. Klau hendak dinyatakan, bnyk barangan kemas yang ada. Rekaan yang sentiasa dilukis oleh kami bukan hanya dua atau pun tiga rekaan sahaja tetapi kadang2 itu lebih dari 40 rekaan, semua itu bergantung pada masa yang hedak dilihat oleh lect. Rekaan yang telah dipilih oleh lect hendaklah cukup dari segi lukisan teknikal dan juga rendering produk tersebut. Lukisan teknikal adalah lukisan yang tepat utk produk yang kita buat, dimana rekaan ini perlu mendapat ketepatan saiz dan juga bentuk produk itu. Rendering adalah produk yang kita buat perlulah diwarnakan dan produk tersebut mempunyai bentuk 3D. Rekaan ni buka sahaja diwarna dan dilukis menggunakan kertas lukisan tetapi juga pada sofware komputer seperti software coredraw, soliwork dan juga sofware yang sesuai dengan rekaan yang ingin buat. Sekiranya semua telah selesai baru lah dibuat produk tersebut dekat bengkel.

Proses membuata produk di bengkel.
Proses kali ini perlu dititik beratkan kerana keselamatan diri perlu diutamakan. Perlulah memakai kasut yang bertutup, mask, sarung tangan, baju yang tidak labuh dan juga rambut perlulah kemas bagi lelaki tp bagi perempuan perlulah tudung itu diakat @ dipin. Kesemua ini perlu dipatuhi supaya semasa membuat produk tersebut tidak berlaku kemalangan yang tidak diinginkan. Memang leceh untuk membuat semua ni tapi ia begitu penting bagi kita. Produk yang direka tadi perlulah menggunakan bahan yang bersesuai dengan reka yang dibuat.

Proses melebur bahan.
Bahan yang digunakan biasanya adalah perak (silver), tembaga merah (cooper), tembaga kuning (brass) dan macam2 lagi. Proses melebur ni ni tidak begitu lama tapi memerlukan tenaga dan juga kesabaran dengan menggunakan api yang besar. Setelah melebur perlulah meleperkan bahan tersebut dan ketika ini proses memotong dan mematerikan (mencantum) dijalankan.

Proses mengilatkan barang untuk proses yang terakhir.
Proses ini menggunakan mesin yang laju dan juga bahan yang bersesuaian. Perlulah berhati2 dan juga pakai barang keselamatan.

Nampaknya samapai sini sahaja cerita produk dan akan disambung lagi mengenai jurusan ini.


Isnin, 1 Februari 2010

RinDu FaMily

Hari ni 02/02/2010 (selasa) adalah hari yg penat n sakit sbb skg ni tgh sakit (demam). Mkn pun dah tak selera, baru je smlm lek dr jhr. Still rasa rindu kat family. Bnyk keja nak dibuat sekarang ni ngan projek luar n projek pertama. Walaupun bnyk keja nak buat tp still rasa nak dekat ngan family n tak sabar nak balik jhr lg. Rindu yg sentiasa di dalam ingatan ini. Lagu dua minggu nak cuti raya cina n dapat cuti lagi tapi cuti kali ni nak kena siapkan report utk projek pertama n thesis yg masih bnyk lagi lum buat. Skg ni kepala dah rasa berat nak angkat, nak uat keja pun susah sbb susah nak pikirkan. Nak buat teknikal drwaing lg n rendering projek. Hari ini sepatutnya dah kena tunjuk teknikal drawing tp tak larat nak g kelas jd dok rumah n mkn ubat. Bila naik sem 05 ni bnyk keja nak buat, rasa mcm sem akhir pula. Balik jhr hari 2 pun sbb nak lepaskan kerinduan kat family. Baby Farish skg ni demam n baru lepas berubat. Biasalah klau budak kecik ni boleh nampak apa yang kita tak nampak. Banyak kali antar berubat ngan orang yang berpengalaman tapi masih menangis lagi n susah nak tidor. Masih cuti hari 2 bawa Farish berubat ngan kwn ayah, alhamdulillah kesihatan dia dah ok sikit n senang nak tido. Kata kawan ayah, adik Farish kena tegur jd dia dah bacakan ayat2 al-quran n bagi air masak yang telah dibaca tadi juga. Kecian tgk Farish, nak tinggalkan rasa sayang sgt. Sbg hilangkan rasa rindu ni, Ekin da rakam video n pict Farish. Bila mlm je tgk pict n video ni, kadang2 tu rasa sedih bila tgk semua 2, tp dgn adanya ni semua dptlah beri semangat sedikit kat diri ni.

Ahad, 24 Januari 2010

Hikmah dipelbagaikan amal

Islam itu unik, indah dan sempurna. Maka sudah tentulah apa yang terkandung di dalamnya juga penuh dengan keunikan, keindahan dan kelebihan. Namun, tidak semua keindahan dan keunikan itu dapat dilihat dengan mata kasar.

Ada di antaranya yang perlu diselami dengan mata hati yang hanya dimiliki oleh insan-insan yang sentiasa menjaga hatinya dari titik-titik hitam, menggilap hatinya dengan zikrullah dan disinari hatinya dengan makrifatullah.

Minggu ini, kami mengajak pembaca menggali dan menghayati satu lagi khazanah dan hikmah di sebalik kejadian Allah yang telah dirakamkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam kalam hikmahnya:

"Tatkala Allah mengetahui timbul dari diri kamu perasaan jemu, Dia mempelbagaikan untuk kamu amalan ketaatan.

"Tatkala Dia mengetahui di dalam diri kamu wujud kerakusan, maka Dia mengehadkannya ke atas kamu pada waktu-waktu tertentu untuk menjadikan keinginan kamu itu mendirikan solat bukannya mengadakan solat. Tidak semua yang solat itu mendirikan solat".

Allah SWT dengan limpahan sifat kemurahan dan kasih sayang-Nya mengurniakan kepada hamba-hamba-Nya pelbagai amalan ketaatan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Tergopoh-gapah

Ini kerana Allah mengetahui hamba-Nya akan jemu jika melakukan sejenis ketaatan kerana menjadi tabiat nafsu merasa jemu dengan mengulang-ulang perkara yang sama.

Seorang penyair pernah mengungkapkan: "Nafsu tidak akan dapat diperbaiki apabila ia ditadbir (diatur); melainkan dengan memindahkannya atau mengalihkannya dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain".

Dengan adanya pelbagai amalan ketaatan yang disediakan, apabila seseorang itu jemu melakukan solat sunat maka dia boleh beralih melakukan amalan zikir. Apabila dia jemu berzikir dia boleh membaca al-Quran, berpuasa, bersedekah dan sebagainya. Zikir itu pula mempunyai bermacam-macam jenis.

Sheikh Zarruq r.a berkata: Dipelbagaikan amalan ketaatan bagi hamba kerana tiga sebab:

1. Rahmat daripada Allah untuk merehatkan dan memberi peluang kepada hamba-Nya menggilir-gilirkan atau menukar ganti amalan ketaatan dari satu amalan kepada satu amalan.

2. Sebagai hujah ke atas mereka kerana tidak ada alasan lagi bagi mereka untuk meninggalkan amalan ketaatan.

3. Dengan adanya pilihan akan menetapkan mereka dengan pelbagai amalan yang melayakkan mereka mendapat kemuliaan tertentu dari amalan-amalan tersebut dan memudahkan mereka beramal.

Orang yang jemu beramal, akan bersikap tergopoh-gapah melakukannya kerana tiada penentuan waktu beramal. Oleh itu, dibataskan pula amalan itu pada waktu-waktu tertentu, sebagaimana disebut dalam Hikam: "Tatkala Dia mengetahui di dalam diri kamu wujud kerakusan, maka Dia mengehadkannya pada waktu-waktu tertentu".

Bergegas-gegas dalam melakukan amalan, akan menatijahkan tiga kerosakan: Meninggalkan amal apabila dilakukan secara berterusan, berasa jemu sekalipun dia tidak meninggalkan amalannya dan berlaku banyak kecacatan dalam melaksanakan amal.

Mengehadkan waktu-waktu tertentu bagi suatu amal, mendatangkan tiga faedah: Mengelakkan kerakusan beramal, menghalang daripada penangguhan amal dan teguh beramal.

Jika tiada penentuan waktu, akan menyebabkan amalan tersebut dikerjakan secara sambil lewa, bertangguh-tangguh dan tidak dijaga kerana dikuasai oleh dorongan nafsu.

Tujuan pembatasan waktu adalah membentuk keazaman yang tinggi melakukan amal dengan yakin dan bernilai seperti disebut: "Untuk menjadikan keazaman kamu itu mendirikan solat bukannya mengadakan solat".

Rahsia dibataskan solat pada waktu-waktu tertentu bagi melahirkan perasaan rindu kepada solat tersebut. Dengan adanya kerinduan ini, akan terhasillah dalam solat tersebut rasa khusyuk, hadir hati dan ketenangan atau disebut sebagai penyejuk hati.

Berbeza jika solat itu dilakukan secara berterusan, maka tidak akan ada perasaan rindu kepadanya. Bahkan mengundang perasaan jemu dan mengakibatkan amalan yang dilakukan tidak sempurna.

Maksud yang dikehendaki dalam melakukan solat ialah pergerakan hati dan bukannya pergerakan jasad semata-mata: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada luaran kamu, atau amalan zahir kamu, tetapi Dia memandang kepada hati kamu".

Selain itu, rahsia penentuan waktu solat adalah membentuk keazaman mendirikan solat dengan melaksanakan hak-hak zahir dan batin, dan bukan sekadar mengadakan solat. Solat sedemikian bagaikan bangkai yang busuk dan ia lebih dekat kepada azab Allah.

Umar ibn Abdul Aziz r.a menulis kepada para pekerjanya: "Sesungguhnya pekerjaan kamu yang terpenting padaku adalah solat. Sesiapa yang memelihara dan menjaganya maka amalan yang lain akan lebih dipeliharanya. Sesiapa yang mengabaikannya, maka dia akan lebih mengabaikan amalan yang lain".

Di dalam Hikam seterusnya disebut: "Tidaklah semua orang yang solat itu mendirikan solat. Iqamah atau mendirikan dari sudut bahasa bermaksud menyempurnakan dan meneliti. Dikatakan, si fulan telah mendirikan rumahnya, apabila dia telah menyempurnakan rumahnya dan melengkapkan segala keperluan di dalamnya. Maka orang yang mendirikan solat ialah orang yang meneliti solatnya".

Tidak semua orang yang solat itu mendirikan solat. Berapa ramai orang yang solat tidak mendapat apa-apa dari solatnya melainkan penat lelah.

Membanyakkan zikir

Di dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solatnya tidak menegahnya daripada melakukan perkara keji dan mungkar, maka tidak bertambah apa-apa pahala baginya dari Allah melainkan semakin jauh daripada-Nya".

Di dalam hadis lain disebut: "Apabila seseorang hamba itu mengerjakan solat tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusyuknya, maka solatnya itu direnyuk seperti mana merenyuk baju yang lusuh, kemudian dicampakkan ke mukanya".

Sheikh Abu Abbas al Mursi r.a berkata: "Di dalam al-Quran, setiap ayat yang menyebut tentang orang yang mengerjakan solat yang dipuji, disebut dengan lafaz iqamat (mendirikan) atau yang seerti dengannya.

Misalnya, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 3: Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan solat.

Doa Nabi Ibrahim a.s dalam surah Ibrahim ayat 40: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat.

Allah juga berfirman: Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan solat, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (al Hajj: 35)

Disebut orang yang melakukan solat dalam keadaan lalai dengan kalimah "Orang yang solat", seperti firman Allah: Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. (al-Maa'un: 4-5) dan tidak disebut: Maka celakalah bagi orang-orang yang mendirikan solat.

Ketahuilah, khusyuk di dalam solat mempunyai tiga martabat:

1. Khusyuk dengan merasakan gerun, rendah diri dan hina diri. Iaitu khusyuk bagi ahli ibadah dan orang yang zuhud.

2. Khusyuk dengan merasakan kebesaran, kehebatan dan keagungan Allah. Iaitu khusyuk bagi Ahli Muridin dan Salikin.

3. Khusyuk dengan merasakan kegembiraan dan penghadapan hati kepada Allah. Ini adalah khusyuk bagi Ahli Wasilin di kalangan 'arifin. Inilah yang dinamakan Maqam Qurrah al 'Ain (penyejuk mata hati).

Ulama berkata: Tidak diterima solat seorang hamba melainkan setakat yang hadir hatinya. Maka ada kalanya diterima seperempat sahaja dari solatnya, ada kalanya setengah sahaja dan sebagainya mengikut kadar kekhusyukkannya.

Perkara yang boleh membantu untuk mendapatkan khusyuk adalah zuhud di dunia. Inilah ubat yang terbesar kerana mustahil jika ada di sisimu anak perempuan iblis, bapanya tidak datang menziarahi anaknya.

Kamu tidak akan terlepas daripada pelbagai lintasan selagi ia berada di dalam hati kamu; dan ia mengikut banyak atau sedikitnya ia berada di dalam hati kamu.

Mustahil, pohon dunia berada di dalam hati kamu, dan kamu boleh terlepas daripada lintasan-lintasannya. Burung-burung pasti hinggap dan berkicau di atas pohon itu. Setiap kali kamu menghalaunya, ia akan pergi. Tetapi ia akan kembali selagi kamu tidak menebangnya.

Di antara perkara lain yang membantu mendapatkan khusyuk adalah membanyakkan zikir dengan hati dan juga lidah serta sentiasa berada dalam keadaan suci kerana zahir itu amat berkait dengan batin.

Semoga solat kita ialah solat yang diterima oleh-Nya. Sesungguhnya solat itu adalah pembersih hati dan tempat munajat serta penghubung hamba-hamba Allah yang kerinduan terhadap Kekasihnya.

Bukalah dan bersihkanlah hati kita untuk mengenal Pemilik dan Pencipta diri kita, maka kita akan menjadi orang yang paling bahagia kerana telah dikurniakan syurga 'ajilah di dunia sebelum dianugerahkan syurga di akhirat iaitu pertemuan dengan-Nya di alam yang kekal abadi. Wallahu 'alam.

Sambut hari lahir: Ganti lagu dengan doa

SOALAN:

APAKAH hukum sambutan hari lahir dengan menyediakan kek serta lilin dan diiringi lagu happy birthday to you. Ada yang mengatakan kek yang diletakkan lilin itu sebagai simbolik orang kafir memecahbelahkan Islam ketika zaman dahulu.

Bagaimana pula sambutan yang dibenarkan oleh Islam?

JAWAPAN:

Kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut". (riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma' al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).

Maksudnya kita ditegah supaya tidak menyerupai mana-mana kaum yang jelas ingkar kepada Allah SWT.

Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.

Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.

Saya kira semacam ada dongengnya. Alasan saya, cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).

Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.

Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.

Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf: 8)

Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).

Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.

Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.

Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat.

Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada "Allah selamatkan kamu". Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.

Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.

Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.

Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.

Selasa, 19 Januari 2010

Istiqamah dalam menghambakan diri diridambaan

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


MEMPERKASA segala aspek berkaitan penguasaan al-Quran tidak ada ruginya. ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.
Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.
Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.
Jalan meraih ketenangan
Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna. Ia kaya dengan pelbagai perbendaharaan dan khazanahnya yang indah dan seni. Oleh kerana itu, kita melihat agama Islam itu sentiasa dicemburui dan cuba dinodai kesucian dan ketinggiannya oleh musuh-musuh Islam.
Cuma, kita yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala keistimewaan Islam kerana kita sendiri tidak cukup mengenal agama yang kita warisi.
Menjadikan al-Quran sebagai wirid
Islam menyarankan beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan ketika berhadapan dengan situasi sebegini. Antaranya, kita digalakkan membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai wirid.
Hendaklah kita bertafakur tentang kandungan ayat-ayatnya dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang akan melapangkan dada. Menambahkan lagi keyakinan dalam beragama dan menghadirkan kebesaran pemiliknya iaitu Allah SWT. Di samping itu, janganlah kita mengabaikan adab-adabnya.
Ulama berkata: "Sekiranya kamu melayarkan kapal di dalam lautan ini, kamu akan memperolehi kejayaan dan kerehatan (ketenangan) dalam pelayaran tersebut. Akan datang kepadamu angin kegembiraan dari wangiannya yang suci, dan bauannya yang semerbak bernilai dan mengadap kepadamu kelembutan inayah dengan kesempurnaan pilihan yang disertai dengan ri'ayah pembelaan Allah. Kamu akan ketahui perkara yang belum pernah kamu ketahui dan memahami perkara yang belum pernah kamu fahami.
"Maka terhasillah bagimu segala cita-cita dan tercapailah segala keinginan dan kegembiraan. Maka selepas itu berusahalah mengulang-ulang membacanya dan tenggelam di dalam lautan rahsianya. Berwaspadalah daripada meringan-ringankannya dan tergopoh-gapah ketika membacanya."
Menyelami kitab-kitab ahli hikmah
Para ulama juga menyarankan kita menjadikan bacaan kitab-kitab tasauf sebagai wirid. Hendaklah kita perkemaskan renangan kita di dalamnya. Jadikan ia sebagai sahabat dan teman bermesra pada waktu pagi dan petang, dan pegangan dalam semua keadaan.
Taklifkan diri kita beramal dengan isi kandungannya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. Insya-Allah, hati kita akan menjadi lembut dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua keadaan.
Justeru, pada minggu ini kita tinggalkan dahulu tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan dan kami ingin membawa saudara merenung satu lagi kalam hikmah yang dipersembahkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al-Sakandari r.a tentang istiqamah dalam perhambaan.
Istiqamah dalam perhambaan
Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun kita tidak sepatutnya dikalahkan oleh kesalahan yang kita lakukan hingga bersikap pesimis dan berprasangka buruk dengan Tuhan. Kita seharusnya ingat bahawa setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.
Sheikh Ibnu Atoillah r.a membongkar satu lagi hikmah Allah dalam kalam hikmahnya yang indah yang berbunyi: "Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu".
Kita tidak seharusnya merasa putus asa daripada beristiqamah bersama Allah apabila terlanjur melakukan dosa. Dengan bersikap sedemikian, hanya akan menjadikan dosa kita lebih besar.
Istiqamah bermaksud sama keadaan dalam ubudiah terhadap Tuhan. Dosa tidak menyekat seseorang hamba itu daripada terus istiqamah dalam perhambaannya kerana seseorang hamba itu tidak dapat lari daripada takdir yang telah ditulis baginya.
Cuma, perkara yang menghalang seseorang daripada istiqamah ialah jika dia berterusan melakukan dosa tersebut. Malah bertekad untuk mengulanginya. Menginsafi hakikat ini, maka wajiblah hamba tersebut segera bertaubat kerana berkemungkinan ia adalah dosa terakhir yang ditakdirkan baginya.
Kadang kala kesalahan itu juga merupakan suatu rahmat dan peringatan buat kita yang sedang lalai atau leka. Apabila kita terjatuh, maka kita akan lebih berusaha untuk bangun dan maju ke hadapan. Setelah itu, kita dapati ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.
Perhatikan, telah berapa banyak perkara sebegini terjadi kepada orang yang pernah melakukan dosa besar. Sebelumnya mereka adalah seorang pencuri, tetapi kemudian menjadi orang yang mulia. Di antara mereka ialah tokoh sufi yang terkenal, Ibrahim ibnu Adham.
Beliau bertaubat setelah mendengar suatu bisikan ketika sedang berburu. Setelah itu beliau sering berdoa dengan doanya: "Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan."
Begitu juga Fudhail ibnu 'Iyadh r.a yang asalnya seorang penyamun. Sebelum bertaubat, dia begitu berminat dengan seorang jariah. Pada suatu hari, ketika memanjat dinding rumah jariah itu, dia mendengar suara orang yang sedang mengalunkan ayat 16 surah al-Hadid: Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq-derhaka.
Selepas mendengar ayat itu datang keinsafan di dalam hatinya sehingga hari ini kita mengenalinya sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Justeru, jadikanlah mereka sebagai model yang boleh membuka minda dan hati kita untuk bersangka baik dengan Allah.
Banyak ayat dan hadis yang mengingatkan kita tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah. Di antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar: 53)
Allah SWT juga berfirman : Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56). Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman: Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.
Sabda Rasulullah SAW: "Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya".
Maka marilah kita, sebagai hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan kesalahan berazam tidak sekali-kali berputus asa daripada berusaha dan kekal beristiqamah pada jalan 'ubudiah walau betapa perit dirasakan melalui jalan yang satu ini.

Ahad, 17 Januari 2010

5 PERINGKAT-PERINGKAT ISTERI

1. Isteri SiddiqinIsteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
2. Isteri MuqarrobinIsteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
3. Isteri SolehinIsteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri FasikIsteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.
Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:
"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."
Terima kasih kepada penulis asal

Lelaki Abai Tugas Pelindung Tanda Akhir Zaman

DIRIWAYATKAN oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Masalah sosial dan keluarga yang kian meruncing adalah disebabkan ramai lelaki yang tidak lagi berperanan sebagai lelaki dan hilang semangat kelelakiannya.
Mungkin ramai yang akan menduga hilang semangat kelelakian membawa maksud bertambahnya lelaki lembut seperti yang pernah diperbincangkan dalam akhbar harian tempatan suatu waktu dulu.
Ada juga menyangkakan yang dimaksudkan dengan semakin kurangnya bilangan lelaki, tetapi sebenarnya bukan demikian. Bilangan lelaki ramai, jika tidak lebih atau sama dengan bilangan wanita pun sekurang-kurangnya tidaklah terlalu jauh nisbahnya.
Yang dimaksudkan di sini ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranannya sebagai lelaki seperti disebutkan oleh al-Quran: “Para lelaki adalah qawwamun (pelindung) kepada wanita.” (Surah al-Nisa, ayat 24)
Hipotesis itu sebenarnya ada kebenarannya, malah tidak keterlaluan jika dikatakan bertepatan dengan hadis di atas. Hadis itu menyebut bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita, dan yang lebih parah lagi, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.
Menariknya, dalam hadis itu Rasulullah SAW menggunakan perkataan ‘qawwam’ yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan tidak menggunakan perkataan ‘rijal’ yang membawa maksud lelaki.
Maksudnya, orang lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya. Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sama ada tidak bertanggungjawab menjaga keluarga, tidak berperanan sebagai ketua keluarga ataupun memperlakukan wanita dengan perlakuan memudaratkan mereka, seperti mengeksploit, merogol, menjadikan wanita alat pemuas nafsu dan sebagainya.
Lihat apa yang berlaku di dalam masyarakat kita yang semakin hari semakin hancur moralnya. Berita kejadian rogol bagaikan sama wajibnya dengan ruangan siaran televisyen di dada akhbar.
Sumbang mahram, bunuh, samun, ragut, dera isteri, anak, pembantu rumah dan 1001 kejadian dan peristiwa yang jelas menunjukkan hilangnya kelelakian ramai lelaki di Malaysia ini.
Bukannya hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina, tetapi kerana mereka tidak menjalankan tugas mereka sebagai lelaki yang sebenarnya iaitu ‘pelindung’ bagi wanita.
Apakah rasionalnya teori itu? Jika lelaki mempunyai kelelakian dan menjadi pelindung, dia akan melihat wanita golongan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga kehormatan, tidak boleh dikasari, tidak dieksploitasi apa lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang.
Lelaki yang mempunyai sifat pelindung tidak akan berzina dengan wanita yang haram baginya kerana menyedari dia wajib melindungi maruah wanita itu. Lelaki pelindung tidak akan merogol wanita, kerana beliau menyedari beliaulah yang patut melindungi wanita daripada dikasari dan dizalimi, apatah lagi terhadap anak, cucu dan kerabat mereka sendiri.
Seorang lelaki pelindung juga tidak sekali-kali akan menyamun, mencuri, meragut dan membunuh wanita kerana merekalah yang sepatutnya melindungi wanita daripada sebarang mudarat dan musibah. Pendek kata, jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.
Keluarga memerlukan lelaki pelindung yang tidak akan bermalasan di rumah membiarkan isteri dan anak saja membanting tulang.
Lelaki pelindung juga tidak akan memukul dan mendera sama ada isteri mahupun anaknya.
Lelaki pelindung juga tidak akan menengking, mengherdik, memaki, mencaci dan mencarut wanita dan ahli keluarganya, tidak akan menggadai maruah anak isteri walau sesulit mana pun masalah yang dihadapi. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus di dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia pada hari ini.
Ironiknya dalam sesetengah keadaan, wanita turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki. Kedengaran suara sumbang aktivis wanita yang ingin mendapat taraf sama dengan lelaki tanpa menyedari risikonya.Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini di dominasi lelaki.
Di satu sudut, muncul bagai cendawan lepas hujan wanita yang rela diri dieksploitasi lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata daripada etika dan maruah.Bagaikan sesuatu yang biasa, kewujudan GRO, pelacuran sama ada yang terhormat ataupun tidak berlesen. Media berlumba-lumba mempergunakan wanita untuk melariskan produk mereka.
Bagaimana menyedarkan lelaki mengenai tugas mereka sebagai pelindung? Proses yang bagaimana perlu diaplikasikan terhadap semua lelaki di Malaysia supaya sedar mereka adalah lelaki dan perlu menjadi pelindung bagi wanita?Dalam hal ini, lelaki terutama Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan perlunya mereka kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dan menjadikan lelaki sebagai pelindung martabat iu.Jika seseorang Muslim sedar bahawa dia adalah hamba Allah, maka dia wajib mengikuti perintah Allah, mengikut ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki melindungi wanita mencontohi Rasulullah SAW.Rasulullah SAW tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita. Baginda mengajar kita bagaimana melindungi wanita sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah, lelaki akan sentiasa menjadi pelindung bagi wanita.

Erti Disebalik Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…Pilihan adalah di tangan anda…=)