Isnin, 4 April 2011

ZIKIR ASAS PENDINDING

Amalan ini mestilah diamalkan oleh para pengamal perubatan Islam dan amalan ini dibekalkan kepada pesakit-pesakit yang sedang dalam rawatan atau yang telah dirawat sebagai pembenteng daripada segala bentuk penyakit zahir atau gangguan jin dan syaitan serta manusia.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

اَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (٣كالي)

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ (٣كالي)

بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللهِ، لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، بِسْمِ اللهِ عَلَى دِيْنِيْ وَنَفْسِيْ،

بِسْمِ اللهِ عَلَى أَهْلِيْ وَمَالِيْ، بِسْمِ اللهِ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ اَعْطَانِيْهِ رَبِّيْ،

بِسْمِ اللهِ خَيْرِ الأَسْمَاءِ، بِسْمِ اللهِ رَبِّ الأَرْضِ وَالسَّمَاءِ، بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يُضُرُّ مَعَ اسْمِهِ دَاءٌ،

بِسْمِ اللهِ افْتَتَحْتُ وَبِاللهِ اخْتَتَمْتُ، وَعَلَى اللهِ تَوَكَّلْتُ. لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ (٣كالي)

اللهُ أَكْبَرُ (٣كالي)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ، تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، وَرَبُّ الأَرَضِيْنَ وَمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، عَزَّ جَارُكَ وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ، إِجْعَلْنِيْ فِيْ جِوَارِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِيْ شَرِّ، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ، إِنْ وَلِيِّيَ اللهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتَابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِيْنَ، لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُوْلٌ مِنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِيْنَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ.

فَإِنْ تَوَلَّوْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ. (٧كالي)


PAGAR DAN BENTENG DIRI, KEDIAMAN DAN KENDERAAN

Pagar dan benteng adalah satu amalan penting buat perawat dan juga pesakit. Membenteng diri, kediaman dan kenderaan adalah salah satu usaha kita untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dan bukan untuk mengelakkan sial mahupun mendapatkan tuah.

1. Antara gangguan pada diri

- Mimpi yang aneh, menyeramkan, menakutkan, berjumpa datuk, nenek dan moyang dan lain-lain lagi

- Sering melihat kelibat, bayang hitam, hantu, jelmaan makhluk halus dan binatang berbisa

- Selalu meracau, histeria, merasuk dan lain-lain lagi

2. Gangguan pada kediaman

- Ganggguan makhluk halus terutama sekali pelesit yang menghisap darah

- Kelibat aneh, bunyi aneh dan menyeramkan dan ternampak orang asing di dalam rumah.

- Sering melihat bebola api, dimasuki binatang berbisa, bunyi aneh dari luar rumah dan bunyi bising-bising dan juga ketukan dari luar rumah

3. Pada kenderaan

- Kenderaan terasa berat walaupun baru sahaja baiki atau baru sahaja beli.

- Ternampak kelibat dalam kenderaan

- Kenderaan sering rosak apabila melalui kawasan tertentu

Dalam satu kes, seorang pesakit merasakan mendapat terlalu banyak mimpi akibat gangguan/sihir. Saya syor beliau menggunakan ayat-ayat pagar seperti yang terkandung dalam topik ini. Satu malam, sebelum maghrib, pesakit baca ayat 10 tersebut. Dalam waktu tengah malam beliau dan pasangannya di rumah tiba2 mendengar dentuman kuat 2 kali.

- Bunyi dentum kuat di sudut bilik solat

- Bunyi dentuk kuat di siling di bilik ruang tamu

- Bunyi bising2 di atas siling / atap

Pagar Diri Daripada Makhluk Halus, Sihir Dan Ilmu Hitam

1. Pagar Pertama - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda

Rasulullah

S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.)

2. Pagar Kedua - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam

keadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik)

3. Pagar Ketiga - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas

serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda ertinya ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

4. Pagar Keempat - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat

mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

5. Pagar Kelima - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah

S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya saya berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

6. Pagar Keenam - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

“Ya Allah. Saya memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

7. Pagar Ketujuh - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada

Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu.” (Riwayat al Bukhari).

PERTAHANAN DIRI

Pendinding atau benteng pertahanan perlu diamalkan sebelum menjadi perawat. Bentengi diri sendiri, ahli keluarga, kediaman dan lain-lain lagi.

1. Al-Muawwizat (An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas). Diajar oleh jibril apabila Rasullulah disihir dengan sikat oleh perempuan yahudi. Benteng pertahanan manusia. Sebelum tidur dan selepas solat fardu.

CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2. Ayat Kursi – Kisah Abu Hurairah dengan jin yang mencuri harta zakat dan telah disahkan oleh Rasullullah. Benteng diri, rumah dan harta.

CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf

2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.

3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3. Ayat Yasin 1-9 berdasarkan kisah Nabi dikepung oleh orang Quraish.

CARA

1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda

2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4. Ayat Berkubu

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5. Ayat Pengerak

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

PAGAR RUMAH

Memagar rumah apabila rumah anda kerap mendapat gangguan sama ada gangguan ringan seperti kelihatan bayang-bayang, terdengar orang berjalan, bumbung berbunyi dan lain-lain lagi dan juga ganggguan berat seperti kehadiran bebola api, rumah anda marak dengan api tapi sebenarnya tak terbakar dan kerap menerima kehadiran ular-ular dan binatang berbisa.

Jika anda tidak menerima gangguan ini juga, anda boleh melakukan kaedah ini untuk kesejahteraan keluarga. Namun perlu diingatkan lagi, kita merancang dan hanya Allah yang tentukan semuanya. Lakukan dengan ikhlas hati dan penuh keyakinan. Teknik ini tidak melibatkan syirik, malah jika saya sendiri diminta oleh anda untuk memagar, saya akan buat kaedah yang sama.

Seorang muallij yang membuat rawatan ke rumah pesakit hendaklah memagar rumah pesakit setelah selesai rawatan bagi mengelakkan kes berulang. Seeloknya muallij menyediakan air rukyah apabila pergi ke rumah pesakit.

Sediakan bahan-bahan seperti berikut:

a) Limau purut 3 biji atau garam

b) Minyak atar atau minyak kasturi

c) Air setengah baldi/penyembur air

Doa dan wirid yang diperlukan:

a) Al-fatihah

b) Al-Falaq

c) An-Nas

d) Al-Ikhlas

e) Ayat Kursiy

g) Selawat Nabi 3x

Kaedahnya dilakukan selepas azan maghrib:

a) Potong limau/taburkan segenggam garam ke dalam air dengan membaca selawat selawat ke atas nabi sebanyak 3 kali.

b) Tuangkan sedikit minyak atar/kasturi sambil membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 7 kali.

c) Baca semua doa dan wirid dan hembus setiap kali habis bacaan. Jumlah hembusan ada 15 kali hembusan.

d) Pastikan tingkap dan pintu dibuka ketika azan maghrib berkumandang. Berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari syaitan dan jin, ameen" Kemudian, berteriak sama ada nada kuat atau sekadar didengari oleh keluarga:

"Wahai makhluk Allah yang ghaib, aku akan memagar rumah aku. Aku harap semua sekali keluar melalui pintu dan tingkap yang telah ku bukakan. Aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada di antara kamu tercedera atau terbunuh semasa proses pemagaran ini"

e) Suruh salah seorang ahli keluarga lelaki azan. Semasa ahli keluarga anda azan, anda boleh memulakan proses merenjis di dinding dan pintu rumah anda kecuali dalam tandas.

f) Selepas selesai dalam rumah, pergi ke luar rumah dan siram air di keliling pintu dan anggap ianya sebagai pagar. Jangan jirus dalam longkang.

g) Berdiri di hadapan rumah sambil memandang bumbung, bacakan ayat kursiy 7 dan hembuskan ke bumbung rumah sambil membayangkan bumbung anda ditutupi oleh kapsul ayat kursiy.

h) Masuk ke dalam rumah semula dan berdiri di penjuru. Ada 4 penjuru semuanya. Setiap penjuru dibacakan ayat kursiy dan hembus sambil membayangkan anda membina pagar ghaib di setiap penjuru.

Insya allah, Allah akan membantu kita. Serahkan pada Allah setelah bertawakal.

KAEDAH PAGAR RUMAH MUDAH

Sebelum Amalan:

Doa (mohon ALLAH lindungi diri, keluarga & rumah)

Baca Yassin ayat 1-9 7x (untuk dinding diri)

Amalan untuk Setiap 6 Arah (Atas Bawah, Kiri Kanan Rumah, Depan Belakang Rumah):

Hadapkan muka pada arah yang hendak dipagar

Baca Ta'awudz 7x, tiup bahu kiri (bagi mengelakkan mendapat bisikan2 jahat)

Baca Bismillah 7x, tiup bahu kanan (untuk mengelak bisikan jin2 Islam yang fasik)

Qursi 25x (tetapi untuk yang was2 baca 45x)

Amalan ini boleh dibuat berkumpulan supaya lagi cepat.

insyALLAH.

Kalau boleh dibacakan dihadapan sebaldi air. Amalan ini juga boleh dibuat untuk memagar harta benda yang baru dibeli, contohnya kereta dsb, lalu disiram pada harta benda tersebut bermula dari kanan siram pusing mengelilinginya sehingga bertemu semula tempat permula tadi. InsyaALLAH harta benda terpelihara dari mara bahaya.

PERGI KE MAJLIS KENDURI ATAU KEDAI MAKAN

1. Amalan sebelum ke kedai makan atau satu majlis keramaian untuk kita mengelakkan termakan bahan yang dicampurkan pelaris & racun(NauzubILLAH). Sebelum keluar rumah:

a) Fatihah

b) Ayatul Qursi kali

c) Quraish 1 kali

d) Al-Ikhlas 3 kali

e) Ayat penggerak 3 kali

2. Keluar rumah melangkah kaki kanan sambil membaca doa keluar rumah (Bismillahi Tawakkal....Azim)

3. Semasa sampai di kedai atau majlis:

a) Quraish 1 kali

b) Innallaha Qawiyun Aziz 3 kali

c) Ayat pengerak 3

4. Masuk dengan kaki kanan ke dalam majlis. Jika ada petanda seperti loya, pening dsb, itu adalah petanda yang tempat tersebut mempunyai pelaris.

5. Mengikut pengalaman saya, jika ada sihir di dalam makanan, pinggan atau cawan akan pecah. Cuba amalkan untuk kesejahteraan bersama. Allah sentiasa bersama kita, Insya Allah.

PAGAR KENDERAAN

Apa-apapun kaedah tetap kaedah, yang pasti pergantungan sepenuhnya hanya kepada ALLAH setelah segala ikhtiar dijalankan. Jadikan urusan kita sebagai urusan ALLAH, jangan jadikan urusan ALLAH sebagai urusan kita. Baiklah, kita teruskan pada kaedah. Bagi mengelakkan kenderaan daripada mangalami malapetaka seperti kemalangan dan kecurian, sila ikuti kaedah-kaedah seperti berikut:

1. Sediakan air kira-kira satu baldi.

2. Setelah itu air tersebut dibacakan dengan

a) Al- Fatihah 3x, setiap kali sampai pada ayat ke-5 ulang 3x & setiap ulangan diniatkan dalam hati supaya ALLAH lindungi harta benda kita.

b)Ayatul Qursi 3x (dibaca dengan kaedah 9 waqaf)

c) Yasin 1-9 sebanyak 1 kali (Niat supaya ditutup pandangan pada orang yang berniat jahat)

d) Yasin 66 - 67 sebanyak 3 kali( Niat supaya dielakkan dari segala malapetaka & marabahaya)

e) Surah Muawwizat iaitu Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali dan An-Nas 3 kali.

3. Setiap habis bacaan ditiupkan pada air.

4. Selepas selesai proses bacaan maka boleh disiramkan air tersebut pada kenderaan dengan arah lawan jam (anti clock wise) berikut:

a) Dimulakan dari sebelah kanan pemandu/penunggang hingga ke depan.

b) Dari depan ke kiri.

c) Dari kiri ke belakang.

d) Dari belakang bergerak sehingga ke tempat duduk pemandu atau penunggang.

5. Apabila selesai seperti yang di atas, InsyaALLAH kenderaan anda tidak akan mengalami malapetaka. BiiznILLAH.

6. Kaedah di atas hanya dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan. Bagi yang sudah memiliki tetapi belum membuatnya lagi, ada baiknya dilakukan sekarang. Cukup hanya sekali sahaja. Yakin Allah berserta kita.

7. Tambahan. Satu kaedah atau petua untuk kita elakkan kenderaan dari dicuri, contohnya di parking lot dan sebagainya. Caranya:

a) Setelah meletak kenderaan, pastikan semua pintu telah dikunci, barang berharga diambil kemudian sila cari anak batu yang kecil disekitar parking.

b) Bacakan Ayat 4 dari surah Fatihah & niatkan supaya ALLAH menjaga harta benda kita.

c) Letakkan anak batu tersebut diatas bumbung kereta (kereta) atau atas tempat duduk penunggang (motorsikal) dan terus berjalan ke destinasi anda tanpa berpaling, Insya allah, kenderaan anda akan dijaga allah.

TANDA-TANDA AYAT PAGAR BOCOR

1. Adakala perawat lain mendakwa pagar yang menggunakan ayat2 Quran bocor kerana:

-pesakit "melihat" berapa ekor jin masuk ke rumahnya

-pesakit terasa ada benda2 bergerak dan berbunyi dalam rumah

-pesakit dan suami tidak dapat rasa tenang tidur dalam rumah walaupun ngantuk

2. Apabila ditanya, pesakit baru faham bahawa pagarnya yang bocor tidak cuba mengukuhkan pagar dengan ayat kursi, ayat penggerak dan selawat tafrijiah selepas solat.

3. Selain itu, pengalaman saya sendiri apabila bercuti balik kampung. Saya dapati banyak kelibat lalu di hadapan rumah danyang dapat masuk ke rumah kerana pagar (ayat Quran) terbuka. Dari pengalaman saya yang ini, saya jangka pagar yang di baca di rumah yang kita huni, akan terbuka pada sekitar maghrib dan subuh.

PETUA SELEPAS PEMAGARAN

1. Selepas proses pemagaran, jangan lupa dibacakan ayat kursi setiap hari kerana anasir jahat sentiasa berusaha merobohkan pagar rumah kita. Ayat kursiy yang dibacakan dapat mengukuhkan dan membaiki pagar ghaib rumah kita Insya Allah. Boleh juga mengamalkan ayat benteng seperti di sini.

2. Selain itu terdapat juga hadis dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda sesiapa membaca sepuluh ayat yakni

- empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)

- Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)

- penutup surah Al Baqarah (284-286)

nescaya Syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.


(sumber dari http://klinik-muallij.blogspot.com -klinik muallij)

Ruqyah Mengubati Sakit yang Kita Alami

Cara-cara mendengar cd ruqyah

a. Duduk berlunjur kaki ke hadapan (tidak kira arah mana, timur dan barat kepunyaan Allah swt)

b. Sediakan segelas air atau sebotol air. (Air telaga atau,air mineral, bio aura, atau air zam zam)

c. Dengar sambil pejam mata, dengar pada audio dan bukan berangan.

d. Selepas habis audio, minum air tadi.

e. Untuk pesakit barah dan jantung, dengar 3 kali sehari selama dua minggu atau lebih.

f. Untuk pesakit gangguan jin dan sihir, seeloknya sejam sebelum maghrib dan sejam sebelum subuh.

g. Simptom seperti muntah atau kerasukan memang biasa berlaku bagi mereka yang mendengar audio ini, tak perlu hentikan audio, teruskan main ruqyah sambil menepuk belakang pesakit dan arahkan jin keluar.

h. Simptom seperti muntah, loya, terkencing, terbatuk, jantung seperti dijentik sesuatu, atau pengsan biasa berlaku pada pesakit yang mendengar ruqyah barah dan jantung. Jika anda mendapat simptom seperti muntah, batuk dan terkencing, ini bermakna barah anda berasal dari gangguan jin dan bukan kerana penyakit. Jika ini berlaku, teruskan main audio ruqyah barah dan jantung ini. Jika pesakit pengsan, letakkan kain lembab di atas dahi/ubun-ubunnya.

MEMULAKAN PROSES RAWATAN RUQYAH

Letakkan tangan kanan anda di atas kepala pesakit dan bacalah ayat-ayat Ruqyah pada telinga pesakit.



Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari bisikan syaitan tang terkutuk.

1.) Al-Fatihah ( Surah 1 : Ayat 1-7 )
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ(3) مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (7)
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang (1). Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam (2). Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3). Yang menguasai hari pembalasan (4). Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolonganMu (5). Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat (7).

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu jika aku ajarkan sebuah Surah yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil mahupun Zabur dan Taurat? Ia adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”


2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 1-5 )
الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (3) والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5
Alif Lam Mim (1).
Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa (2).
Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan ( mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3).
Dan orang beriman kepada Kitab "Al-Qur'an" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang telah diturunkan dahulu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Janganlah kamu jadikan rumah kamu menjadi tempat-tempat yang kosong dari ibadat dan zikir.Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah.( Hadis riwayat Abi Ubaid )

3.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 102 )
وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ (102
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka
mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir),
hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan
apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedangkan keduanya tidak mengerjakan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan : "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu),
sebab itu janganlah kamu kafir."
Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarkannya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, lalu mereka mengetahui (102).

4.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 163-164 )
وَإِلَـهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (163)
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاء مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (164)
Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (163).
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keEsaan dan Kebesaran Allah) bagi kaum yang mahu berfikir (164).

5.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255 )
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, tidak ada tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Dia Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar (255).

Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah hadits yang menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan menambahkan iman.

Ubay bin Ka’ab meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad S.A.W ditanya: Ayat apa yang paling agung di dalam Kitabullah? Nabi menjawab: Allah dan Rasulnya Maha Tahu. Beliau mengulang-ulang perkataan tersebut beberapa kali, kemudian Nabi berkata: Ayat Kursi. ( H.R Imam Ahmad )


6.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 285-286 )
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ(286
Rasul telah beriman kepada Al-Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhan-nya. Demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.
(Mereka mengatakan); "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya," dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdo'a): "Ampunilah kami, ya Tuhan kami, dan kepada Engkaulah tempat kembali" (285).

Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, memadai kepada seseorang yang membacanya pada malam hari sebagai pelindung dirinya.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala
(dari kebajikan) yang diusahakannya, dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikejarkannya.
(Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolongilah kami menghadapi kaum yang kafir" (286).

Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila Jibril sedang duduk dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu di atasnya. Dia mengangkat kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah pintu di syurga yang tidak pernah dibuka.” Lalu satu malaikat pun turun, dan Jibril berkata lagi, “Ia malaikat yang tidak pernah turun ke bumi” Malaikat itu memberi salam lalu berkata, “Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi kepadamu yang tidak pernah diberi kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan ayat penghabisan Surah al-Baqarah”. Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu membacanya.

7.) Al-Imran ( Surah 3 : Ayat 18-19 )
شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (18) إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ إِلاَّ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللّهِ فَإِنَّ اللّهِ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19
Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana(18).

Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab, kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian yang ada di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya (19).

8.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 54-56 )
إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (54) ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (55) وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ
Sesungguhnya Tuhan kami ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam (54).

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (55).

Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik (56).

9.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )
وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (117)فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ (118) فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ (119) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120)قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ (121) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ
Dan kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!" Maka secara tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (117). Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu secara serta-merta bersujud (120). Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam (121). Iaitu Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun (122).

10.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )
قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81)وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ
Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya." Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlansung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya (82).

11.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )
وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى
Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69).

Dari Laits ( Putra Nabi Sulaiman ) berkata : Telah sampai kepadaku berita bahwa ayat-ayat ini ( dua ayat dari
Surah 10 : Yunus, Ayat 81~82 & Surah 20 : Thoha, Ayat 69 ) adalah ubat bagi pengaruh sihir.


12.) Al-Mukminun ( Surah 23 : Ayat 115-118 )
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ (115) فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ (116) وَمَن يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِندَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ(117) وَقُل رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ (
Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak dikembalikan kepada Kami (115)? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arasy yang mulia ( 116).

Dan barangsiapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tidak beruntung (117). Dan katakalah: "Ya Tuhanku Berilah ampun dan berilah rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik (118).

Abdullah bin Mas’ud lewat dihadapan seseorang yang sedang sakit, lalu dia membacakan di telinganya ayat ini (Surah 23:al-Mukminun ayat 115 ~ 118). Lalu ( dengan izin Allah ) dia sembuh. Kemudian Ibnu Mas’ud menceritakan hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah berkata: “Ayat apa yang kamu baca di telinganya?” Lalu dia memberitahukannya. Rasulullah berkata: “Demi Jiwaku yang ada pada genggamanNya, kalaulah seseorang yakin dengan membacanya (gunung boleh menghilang) pasti gunung tersebut akan menghilang”.

13.) As-Shaffat ( Surah 37 : Ayat 1-10 )
وَالصَّافَّاتِ صَفًّا (1) فَالزَّاجِرَاتِ زَجْرًا (2) فَالتَّالِيَاتِ ذِكْرًا (3) إِنَّ إِلَهَكُمْ لَوَاحِدٌ (4) رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَرَبُّ الْمَشَارِقِ (5) إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ (6) وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ(7) لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ (8) دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ (9) إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ(10)
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Demi (rombongan) yang bersaf-saf dengan sebenar-benarnya (1).
Dan demi (rombongan) yang melarang dengan sebenar-benarnya (dari perbuatan-perbuatan maksiat) (2).
Dan demi (rombongan) yang membacakan pelajaran. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Esa (6).
Tuhan langit dan bumi, dan apa yang berada di antara keduanya dan Tuhan tempat-tempat terbit matahari (5).
Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang (6).
Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat derhaka (7).
Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (perkataan) para malaikat dan mereka dilemparkan dari segala penjuru (8).
Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksaan yang kekal (9).
Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan), maka dia dikejar oleh suluh api yang cemerlang (10).

14.) Al-Ahqaf ( Surah 46 : Ayat 29-32 )
وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِّنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِم مُّنذِرِينَ (29) قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنزِلَ مِن بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُّسْتَقِيمٍ(30) يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَآمِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (31) وَمَن لَّا يُجِبْ دَاعِيَ اللَّهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الْأَرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِن دُونِهِ أَولِيَاء أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ (32)
Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Qur'an, maka ketika mereka menghadiri pembacaan(nya) lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)". Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan (29).
Mereka berkata: "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Qur'an) yang telah diturunkan sesudah musa yang membakarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus (30).
Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih (31).
Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah dimuka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata (32).

15.) Ar-Rahman ( Surah 55 : Ayat 33-36 )
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ (33) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ(34)يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ (35) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (36)
Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan (33). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (34) Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripadanya) (35). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (36)

16.) Al-Hasyr ( Surah 59 : Ayat 21-24 )
لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ(24)
Kalau sekiranya kami menurunkan Al-Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir (21).
Dialah Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (22).
Dialah Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan (23).
Dialah Allah, Yang menciptakan, Yang mengadakan, Yang membentuk rupa, Yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan dialah, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (24).

Nabi S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang membaca: “A’udzubil Allahis Samiil ‘Alim Minasy Syaithanir Rajim” tiga kali, kemudian (dilanjutkan dengan) membaca tiga ayat terakhir dari Surah Al-Hasyr di pagi hari. Allah mewakilkan baginya 70.000 malaikat yang terus menerus mendo’akan dia sampai petang. Dan jika dia meninggal pada hari itu, matinya dianggap mati syahid. Dan barangsiapa membacanya di petang hari, maka baginya kedudukan seperti itu (seperti keutamaan orang yang membaca di pagi hari).” (H.R. Ahmad)

17.) Al-Jin ( Surah 72 : Ayat 1-9 )
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (1)يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَن نُّشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا (2) وَأَنَّهُ تَعَالَى جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا (3) وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا(4) وَأَنَّا ظَنَنَّا أَن لَّن تَقُولَ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا (5) وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا (6) وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا كَمَا ظَنَنتُمْ أَن لَّن يَبْعَثَ اللَّهُ أَحَدًا (7)وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاء فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا (8) وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَن يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَّصَدًا (9
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadamu bahawasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (Al-Qur'an), lalu mereka bertanya: "Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Qur'an yang menakjubkan (1).
Kitab yang memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya (2).
Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Tuhan Kami, dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak." (4)
Dan bahawasanya: orang yang kurang akal daripada kami dahulu selalu mengatakan (perkataan) yang melampaui batas terhadap Allah (5).
Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan (6). Dan sesungguhnya mereka (jin) menyangka sebagaimana persangkaan kamu (orang-orang kafir Makkah), bahawa Allah sekali-sekali tidak akan membangkitkan seorang (rasul) (7).
Dan sesungguhnya kami telah memcuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat mendudukinya beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya) (8).
Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api ayng mengintai (untuk membakarnya) (9).

18.) Al-Ikhlas ( Surah 112 : Ayat 1-4 )
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: "Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula dilahirkan. Dan tidak ada seorangpun yang serupa dengan-Nya."

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

19.) Al-Falaq ( Surah 113 : Ayat 1-5 )
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ(3) وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-kNya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku.


20.) An-Naas ( Surah 114 : Ayat 1-6 )
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ (6)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakan: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia."

Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja.


(sumber dari http://klinik-muallij.blogspot.com *klinik muallij*)